so kali ni aku nak citer pasal meaning of 'mahabbah'
2 ari lps de la kwn aku tnya ko tau x mksud mahabbah?
confirm aku xtau..tp prnh la dgr sblum ni kan
so..aku pun merajin kn dri cri mksud mahabbah
this for you my frenz...meanings of mahabbah
Maksudnya cinta dan kasih sayang,atau love(english),aii(cina).
and a few tips for you >_<
Tips menuju cinta Allah SWT :
- Jangan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Jangan sayang kepada dosa dan maksiat yang kita sayang. Pujuklah hati dan tawanlah ia dengan keazaman, kesungguhan dan keseriusan. Dosa, aku benci kamu!
- Segeralah meninggalkan teman-teman yang “buruk”. Ia hanya merosakkan kita, dan mendekatkan kita kepada kebusukan bau neraka.
- Kerjakan solat fardu lima waktu tepat pada waktunya. Dan terus menerus istiqamah. InsyaAllah, anda akan merasai suatu kelainan dalam kehidupan.
- Berjinak-jinaklah melakukan solat fardu secara berjemaah di surau atau masjid. Tidak perlu sekali gus serentak. Tetapi beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.
- Saudara saudari – banyakanlah mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan anda. Cara termudah, perbanyakanlah berdoa. Berdoa selepas solat, berdoa di saat musibah dan berdoa di saat senang.
- Latihkanlah diri, bangun awal 30 minit sebelum subuh. Mencari peluang di waktu tercedera untuk mendirikan solat sunat Tahajud untuk mencari kemuliaan dan ketinggian.
- Bergaullah, bertemankanlah teman-teman yang soleh. Carilah sahabat yang soleh dengan berdoa bersungguh-sungguh dan bergantung penuh pengharapan kepada-Nya.
- Hadirilah majlis-majlis ilmu dan tazkirah untuk memberi peringatan kepada jiwa dan hati. Kosistenlah dengannya agar, penawar kepada kekeruhan hati sentiasa disuntik kepada jiwa kalian.
sebelum berakhir
tips ni aku ambik kat blog lain...so hrp org tu xkisah >_<
xsalah berkongsi ilmu kan
thank <3

0 comments:
Post a Comment